
Kali ini saya nak kongsikan beberapa tips supaya kita semua, tak kira golongan kaya atau pun rakyat marhaen, tidak tertipu oleh kontraktor. Pastikan anda fahami setiap poin yang saya berikan supaya anda lebih bijak dalam memilih kontraktor nanti. Ok?
1. Pastikan Kontraktor Anda Ada SSM
Mudah cakap, pastikan kontraktor tu ada syarikat berdaftar. Kenapa penting? Sebab kalau deal terus dengan tukang tanpa syarikat, walaupun lebih murah, risiko untuk kena tipu tinggi. Biasanya, kos nak buat rumah atau renovasi bukan murah – ribu-ribu. Pastikan kontraktor yang anda pilih berdaftar dengan SSM, supaya jika ada masalah, anda boleh ambil tindakan. Kalau tiada syarikat, dan struktur rumah retak atau masalah timbul, boleh bayangkan tak apa yang akan berlaku? Tukang tu mungkin tak akan angkat panggilan anda selepas tu. Jangan biarkan diri anda jadi mangsa.
2. Kontraktor Mestilah Warganegara Malaysia
Sama ada kontraktor Melayu, Cina, India, yang penting adalah dia warganegara Malaysia. Kenapa? Sebab kalau berlaku masalah selepas projek siap, seperti defect atau kerosakan, kontraktor warganegara lebih mudah untuk dihubungi dan bertanggungjawab untuk membuat pembaikan. Kalau kontraktor asing, nak tuntut warranty susah. Mereka mungkin menghilangkan diri. Tapi jangan ingat kontraktor Malaysia semuanya bagus. Ada juga yang tidak bertanggungjawab, dan banyak kes penipuan berlaku. Jadi, pastikan kontraktor anda betul-betul boleh dihubungi.