Skip to main content

Kali ini saya nak kongsikan beberapa tips supaya kita semua, tak kira golongan kaya atau pun rakyat marhaen, tidak tertipu oleh kontraktor. Pastikan anda fahami setiap poin yang saya berikan supaya anda lebih bijak dalam memilih kontraktor nanti. Ok?

1. Pastikan Kontraktor Anda Ada SSM
Mudah cakap, pastikan kontraktor tu ada syarikat berdaftar. Kenapa penting? Sebab kalau deal terus dengan tukang tanpa syarikat, walaupun lebih murah, risiko untuk kena tipu tinggi. Biasanya, kos nak buat rumah atau renovasi bukan murah – ribu-ribu. Pastikan kontraktor yang anda pilih berdaftar dengan SSM, supaya jika ada masalah, anda boleh ambil tindakan. Kalau tiada syarikat, dan struktur rumah retak atau masalah timbul, boleh bayangkan tak apa yang akan berlaku? Tukang tu mungkin tak akan angkat panggilan anda selepas tu. Jangan biarkan diri anda jadi mangsa.

2. Kontraktor Mestilah Warganegara Malaysia
Sama ada kontraktor Melayu, Cina, India, yang penting adalah dia warganegara Malaysia. Kenapa? Sebab kalau berlaku masalah selepas projek siap, seperti defect atau kerosakan, kontraktor warganegara lebih mudah untuk dihubungi dan bertanggungjawab untuk membuat pembaikan. Kalau kontraktor asing, nak tuntut warranty susah. Mereka mungkin menghilangkan diri. Tapi jangan ingat kontraktor Malaysia semuanya bagus. Ada juga yang tidak bertanggungjawab, dan banyak kes penipuan berlaku. Jadi, pastikan kontraktor anda betul-betul boleh dihubungi.

3. Pastikan Kontraktor Ada CIDB
CIDB atau Construction Industry Development Board adalah badan yang mengawasi kontraktor dalam industri pembinaan. Kontraktor yang sah dan berpengalaman mesti mempunyai lesen CIDB. Lesen CIDB juga ada gred yang membezakan tahap keupayaan mereka untuk menjalankan projek tertentu. Misalnya, G5, G6, dan G7 adalah untuk projek besar. Jika kontraktor tiada CIDB atau lesen mereka digantung, lebih baik anda elakkan mereka. Pilih kontraktor yang berdaftar dengan CIDB untuk lebih ketenangan fikiran.

4. Dapatkan Sebut Harga Dalam Bentuk Hitam Putih (Black & White)
Pastikan anda mendapat sebut harga atau quotation dalam bentuk bertulis. Jangan hanya bergantung kepada perjanjian lisan. Sebut harga mesti menyatakan dengan jelas kerja-kerja yang akan dilakukan, harga, dan bahan yang digunakan. Contoh mudah, jika kerja wiring, pastikan sebut harga memberi butiran terperinci tentang jenis kabel, cara pemasangan, dan bahan yang digunakan. Ini memudahkan anda untuk membandingkan harga dan kualiti, dan melindungi hak anda jika ada masalah.

Contoh sebut harga:

  • Kontraktor A: 1 point wiring RM120
  • Kontraktor B: 1 point wiring RM500
    Mana satu yang anda pilih? Tentunya A, tapi kalau sebut harga lebih terperinci, anda akan faham kenapa harga tu berbeza. Sebagai contoh, Kontraktor B mungkin menggunakan kabel yang lebih berkualiti dan pemasangan yang lebih kemas dan selamat.

5. Lihat Rekod & Ulasan Kontraktor
Sebelum membuat keputusan, pastikan anda menyemak rekod dan ulasan tentang kontraktor tersebut. Ini termasuk meneliti portfolio projek terdahulu, serta testimoni dari pelanggan sebelumnya. Anda juga boleh memeriksa status syarikat di laman web CTOS atau pihak berkuasa lain untuk melihat jika ada sebarang masalah undang-undang atau tindakan negatif terhadap mereka.

Jadi, pastikan anda bijak memilih kontraktor untuk projek pembinaan atau renovasi rumah anda. Jangan terpedaya dengan harga murah tanpa menilai keseluruhan faktor-faktor penting ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Hi 👋
Selamat datang ke Hadi Bina!
Kami sedia bantu cari servis yang sesuai dengan keperluan anda. Klik 'Open Chat' di bawah untuk kongsikan dengan kami.