Bayangkan malam tadi hujan lebat, tidur lena. Anda bangun pagi macam biasa, tapi mula pelik sebab lantai rumah terasa lembap. Tengok siling, cat mula mengelupas. Ada bau hapak dan mungkin ada kulat di celah dinding. Semua ini mungkin berpunca daripada slab rumah yang tak di ‘waterproof’ dengan betul.
APA ITU SLAB RUMAH?
Slab ialah bahagian konkrit yang menjadi lantai atau bumbung rumah — sama ada di tingkat bawah, tingkat atas, ataupun bahagian atas bumbung. Ia asas penting kepada struktur bangunan.
Masalahnya, konkrit ni poros, dan jika tak dilindungi dengan sistem kalis air, ia boleh serap air perlahan-lahan. Terutamanya bila:
– Ada retak bersaiz rambut (hairline cracks);
– Lapisan waterproof lama dah rosak atau tertanggal;
– Sistem saliran air tak sempurna.
APA MAKSUD WATERPROOFING SLAB?
Waterproofing slab ialah proses melindungi permukaan konkrit daripada serapan air dan kelembapan — menggunakan bahan khas seperti membrane, coating atau bahan penampal (sealant).
Di Hadi Venture Sdn. Bhd., kami gunakan sistem yang terbukti tahan lama dan berkesan untuk pelbagai jenis permukaan, termasuklah:
✅ Slab lantai
✅ Slab bumbung
✅ Bilik air
KENAPA WATERPROOFING SANGAT PENTING?
1. Elakkan Kebocoran & Kerugian Besar
Sekali slab bocor, air boleh meresap ke dinding, siling, wiring elektrik. Untuk repair semua tu memang mahal.
2. Lindungi Kesihatan Keluarga
Air yang bertakung lama boleh sebabkan kulat dan fungus, yang boleh jejaskan kesihatan. Terutamanya untuk anak-anak kecil dan warga emas.
3. Jimat Duit, Naikkan Nilai Rumah
Buat waterproofing sekali, tahan bertahun. Rumah pun lebih bernilai di mata pembeli sebab bebas masalah waterproofing dan kerosakan.
4. Tidur Lebih Tenang Bila Musim Hujan Datang
Tak perlu risau siling bocor, dinding lembap atau lantai berkulat bila hujan lebat. Rumah sentiasa kering dan selesa.
Bila Masa Sesuai Untuk Buat Waterproofing ni?
✅ Bila siling mula ada kesan air
✅ Selepas ubahsuai rumah
✅ Bila nampak tanda lantai atau dinding lembap
✅ Jika duduk di kawasan mudah banjir atau tanah rendah
✅ Rumah baru (sebelum lantai ditutup)
BAGAIMANA KAMI BOLEH BANTU?
Di Hadi Venture Sdn. Bhd., kami pakar dalam:
– Waterproofing slab konkrit
– Sistem kalis air di bumbung
– Sistem kalis air di toilet
– Kerja-kerja renovation rumah
Servis seluruh Selangor & Kuala Lumpur:
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Pasukan berpengalaman
✅ Hasil kerja kemas & tahan lama
✅ Jaminan selepas siap kerja
WhatsApp: 019-4508030 (Khairul Izwan)
Kami akan respon dengan solusi yang sesuai untuk rumah anda.
Lindungi Rumah Anda, Lindungi Pelaburan Anda.
Jangan tunggu sampai dinding rosak teruk baru nak baiki. Cegah sekarang sebab waterproofing bukan kos, tapi pelaburan jangka panjang untuk keselesaan dan keselamatan rumah anda.

Figure 1: Gambar sebelum buat kerja – slab mengalami keretakan dan kebocoran

Figure 2: Gambar pasukan Hadi Venture sedang buat kerja on site

Figure 3: Gambar selepas siap kerja