Kalau bumbung bocor, memang banyak masalah kan? Natijah dan akibat kebocoran tu akan menyebabkan masalah-masalah lain akan berjangkit.
Apa masalah tu ye? Yang pertama, wiring lampu, kipas dan lain-lain akan shortage. Yelah, dah kena air kan? Kedua, siling akan kekuningan (water mark) dan bagi plaster siling, akan jadi berlubang disebabkan kebocoran tersebut.
Jadi siling tak nampak cantik disebabkan kekuningan dan lubang-lubang tu. Ketiga, hati akan jadi risau setiap kali hujan lebat. Bila hujan, nak kena standby besen bawah siling yang berlubang tu. Kalau balik kampung atau outstation macam mana?

SEBAB KEBOCORAN BUMBUNG SLAB @ ROOFSLAB LEAKAGE:
Antaranya adalah KEROSAKAN WATERPROOFING SYSTEM.
Tahukah anda bahawa waterproofing ni ada jangka hayatnya. Secara umumnya, jangka hayat waterproofing adalah sekitar lima tahun sehingga sepuluh tahun (5 tahun – 10 tahun).
Kenapa ada perbezaan jangka hayat?
Ianya disebabkan beberapa faktor.
Antara Faktornya:
1. CUACA (WEATHER)
Cuaca yang terlalu panas, kerap panas, high UV index atau extreme weather akan menyebabkan waterproofing anda cepat OUT.
2. PENGGUNAAN
Atas bumbung terutama bumbung jenis CONCRETE SLAB, jika digunakan untuk aktiviti luaran yang melibatkan pergerakan meja, kerusi dan benda-benda tajam, akan menyebabkan Waterproofing akan cepat rosak.
3. PENYELENGGARAAN (MAINTENANCE)
Bumbung konkrit slab perlu adakan maintenance tau! EH yeke? Ya betul. Paling baik, setiap bulan penapis (filter) Rain water downpipe tu perlu dibersihkan dari segala benda asing atau daun-daun yang melekap padanya. Atau jika malas, tiga bulan sekali, rajin-rajin kan lah diri untuk buat roof maintenance. Jika tiada masa, upah la orang untuk bersihkan ye. Kenapa ya perlu adakan roof maintenance ni?
Sebabnya, jika daun-daun atau sampah berkumpul di penapis rainwater downpipe, akan menyebabkan air di bumbung bertakung. Jadi, apabila air bertakung akan menyebabkan banyak masalah lain. Akan terjadinya kulat, pembiakan nyamuk, cat cepat rosak dan pokok akan tumbuh (hasil dari benih pokok yang keluar dari najis burung). Bila akar pokok dah mula tumbuh dan menjalar, ianya boleh menganggu sistem waterproofing.
4. PEMASANGAN KAEDAH WATERPROOFING YANG BETUL
Jika waterproofing dibuat dengan kaedah yang betul dan good workmanship, maka sepatutnya jangka hayat akan lebih dari 5 tahun and vice versa.
Sekiranya anda memerlukan khidmat pakar waterproofing dan penyelesaian bumbung bocor, sila hubungi kami di 019-450 8030 (Khairul Izwan).



